Tuesday, January 25, 2011 | By: nursha

Kreativiti

Pengenalan Kreativiti
·      Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.
·      Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.
·       Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.
·    Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuatmetafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

Definisi Kreativiti

·      Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.
·    Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.
·      Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).
·     Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti.
·      Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.
·       Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi).
·        Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.
·    Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

Kepentingan Kreativiti
  • Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari. Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu ‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia.
  • Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-alat permainan. Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak. Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya. Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya. Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk menconteng. Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya. 
  • Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman, 1978)
  •  Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. 
  • Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa.
  • Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu. 
  • Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. 
  • Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kea rah cita-cita yang murni ini. 

Tahap Perkembangan Kreativiti


Berikut adalah antara beberapa pendapat yang menyatakan tentang tahap perkembangan kreativiti dalam proses kreativiti atau artistik. Pendapat pertama adalah dari PETER Mc KELLAR (1967) menyatakan tahap perkembangan kreativiti sebagai peringkat iaitu persediaan, pengeraman, penjelasan, penentuan dan pencernaan. Pendapat seterusnya, dari VIKTOR LOWENFELD (1969) menyatakannya sebagai tahap-tahap perlakuan dan tindakan, iaitu kepekaan, kelancaran, keanjalan, memberi makna dan pengertian baru, analisis, sintesis, kejelasan dan ketekalan mengorganisasi. Pendapat seterusnya, dari POINCAR (1970) ianya menjelaskan peringkat-peringkat berikut sebagai proses kreativiti iaitu mengenalpasti, penjelasan, tidak pasti, pandang timbang dan rasionalisasi dan pendapat dari LAURA H. CHAPMAN iaitu menyatakan dalam bukunya berjudul Approaches to Art in Education, suatu kajian tentang teori-teori peringkat penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan dan penghalusan idea dan kemahiran media.

Ciri-ciri kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual 

  • Seseorang artis atau tukang dikatakan sebagai insan yang mempunyai daya kreatif, imaginatif dan nilai estetik yang tinggi. Pendidikan Seni bukan bertujuan untuk melahirkan ramai artis tetapi melatih dan mendidik pelajar agar dapat membentuk sahsiah yang positif dengan memiliki sifat-sifat kreatif seperti mana yang terdapat pada seseorang artis yang unggul.
  • Seseorang artis yang unggul memiliki sifat-sifat yang berikut :

SIFAT-SIFAT ARTIS HURAIAN
Mereka mempunyai ciri-ciri :
1. Daya persepsi tinggi Mereka peka, berkeupayaan dan gemar kepada :

 Melihat kekuatan nilai dan makna pada objek dan alam.
 Mendengar “bunyi kehidupan” di keliling mereka.
 Sedar tentang apa yang dirasa dan disentuh.
 Peka kepada bau yang dihidu.

2. Daya membina idea sendiri 
       Memberi “nafas baru” dan kesinambungan terhadap perkara silam atau isu lama
       Membina, mencipta, dan menghasilkan sesuatu.
 Mencuba gaya atau teknik baru.
       Memanipulasi idea dengan pelbagai cara, secara tidak lazim atau berlainan dari biasa perlakuan.
       Mencuba dan meneroka pelbagai pendekatan dan bahan. 
       Menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri.
       Berimaginasi tinggi- melangkaui batas pemikiran biasa.

3. Suka mencuba, meneroka dan mencari sesuatu yang baru
       Menggunakan cara-cara baru dan inventif menghubung idea dan imej.
 Mengimpikan dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan baru yang berlainan dari kebiasaan.
 Berimaginasi dan berdaya mewatakan sesuatu.
 Berfikiran tulen dan asli (originality).

4. Suka mengkaji dan menyelidik 
       Dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan.
 Menganalisa data maklumat tentang apa yang dialami.
 Bertanya dan mencari penjelasan.
 Mencari penemuan baru mengenai hubungan antara idea dan bahan.

5. Peka terhadap nilai estetik 
     Tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikan, keunikan, kelainan, dan keharmonian pada objek, alam dan kehidupan.
 Dapat merasakan nilai rentak, irama dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan.

6. Keyakinan diri 
       Menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan.
 Berdikari.
 Mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat penyataan diri.


Proses meningkatkan kesedaran 
   Bagi meningkatkan kesedaran, pelajar-pelajar boleh dilatih dan dibimbing dengan pelbagai cara. 
   Melalui aktiviti Pendidikan Seni, kesedaran boleh ditingkatkan melalui latihan persepsi estetik, iaitu :
      1. Interaksi Estetik (kajian visual)
 Pengalaman Tampak (deria)
 Pengalaman Aktif Secara Langsung
 Pengalaman Empati

2. Pendidikan Asas Senireka
 Unsur Seni
 Prinsip Rekaan
 Struktur Rekaan

3. Proses Kreativiti/Artistik

INTERAKSI ESTETIK
      • Pengalaman Tampak (Deria) 
       Melalui latihan pengalaman tampak, seseorang akan dilatih menggunakan deria secara terperinci.
 Kesedaran dapat dipertingkatkan melalui pengalaman deria yang melakukan aktiviti penyelidikan,        penerokaan, percubaan dan pemerhatian terhadap sesuatu.
 Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah mengandungi tujuan-tujuan berikut agar aktiviti yang dijalankan   benar-benar berkesan terhadap perkembangan dan peningkatan kesedaran. Iaitu meningkatkan :
   o Daya melihat dan mengamati
  o Daya mengigati dengan jelas tentang pengalaman tampak yang dilalui dan kesannya terhadap perasaan, pemikiran dan tanggapan.
 Menurut Laird, daya mengingati dan menghubungkan antara pengalaman dengan perasaan, pemikiran, dan tanggapan, boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Iaitu pelajar perlu :
   o Mengambil bahagian aktif melibatkan fizikal, pergerakan tindakan langsung seperti bergerak ke sesuatu tempat untuk mendapatkan maklumat. Tindakan fizikal tersebut akan memperkukuhkan ingatan.
o Mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman yang sedia ada atau masa lampau.
 Galakkan pelajar meneroka, mengkaji, dan menemui pelbagai fenomena sebanyak mungkin secara sendiri. Guru hanya perlu membantu menentukan struktur dan kandungan penemuan yang telah diperolehi pelajar.
 Mendapat pengalaman secara langsung dengan menggunakan objek atau fenomena yang sebenar. Elakkan menggunakan gambaran atau penjelasan yang abstrak.
 Berlatih mengingati perkara-perkara mengenai seseorang atau objek yang ditemui. Adakan tindakan-tindakan seperti :
   o Cari kaedah bagi mengingati nama orang atau objek tersebut. Kaitkan dengan sesuatu yang lain agar mudah diingati.
   o Tumpuan kepada ciri spesifik tentang rupa muka orang tersebut seperti mata, gigi, hidung, bulu kening, jalinan kulit dan warna kulitnya (bagi objek yang boleh dilihat dari segi warna, bentuk, jalinan, dan sebagainya.)
   o Lihat dan catatkan ciri-ciri keunikan orang / objek tersebut.
 Tumpuan/konsentrasi sangat perlu bagi mendapatkan aras pencapaian kesedaran yang tinggi. Ia boleh dilakukan dengan latihan seperti :
   o Melakukan aktiviti tidak lazim
Contoh : melihat gambar yang terbalik. Melukis gambar belakang kepala bukan muka seperti kelaziman dilakukan.
 Bagi mendapatkan kesedaran dan pengalaman-pengalaman seperti yang dinyatakan, guru boleh menyediakan borang senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar selepas mereka melakukan aktiviti penerokaan, kajian atau pemerhatian.
 Galakan pelajar merakamkan setiap pengalaman deria tersebut melalui lakaran, lukisan, fotografi, himpunan/koleksi buku skrap, dan penulisan.

• Pengalaman Aktif Secara Langsung 
       Melalui latihan membuat atau menghasilkan sesuatu.
 Kesedaran dapat diperkembangkan melalui pengalaman membuat atau menghasilkan sesuatu seperti membuat catan, cetakan, anyaman, ukiran, dan pelbagaiaktiviti gerakerja kreatif.
 Pelajar perlu disedarkan dengan pemeringkatan proses dan teknik semasa melakukan kerja tersebut. Proses dan teknik dapat meningkatkan kesedaran secara langsung.
 Kajian-kajian tentang asas seni reka pada alam dan persekitaran untuk digunakan dan diaplikasikan dalam gerakerja yang dilakukan.
 Galakan pelajar melakukan aktiviti membuat kajian-kajian mengenai tema, artis, melihat cara artis menghasilkan karya secara tindakan aktif seperti menemu bual artis, melihat artis bekerja dalam studio dan sebagainya, bagi mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kesedaran.
 Wujudkan suasana yang lebih mencabar seperti aktiviti perbahasan, diskusi, perbincangan, dan kritikan tentang karya yang dilakukan.
 Adakan senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar bagi mengesaningatan dan kesedaran semasa mereka melakukan aktiviti.

• Pengalaman Empati

 Melalui latihan yang banyak menyentuh perasaan, emosi, dan tekanan fizikal.
 Latiahan melalui aktiviti kembara visual ke tempat tertentu banyak menimbulkan kesan emosi dan fizikal.
• Sebaik-baik pelajar mengalami sendiri secara langsung mengenai susah payah kerja sebagai seorang petani ketika mereka cuba menggambarkan pemandangan di sawah padi atau potret seorang petani.
• Membuat pengamatan secara dekat dan langsung. Merasakan keterikan panas cahaya matahari yang membakar kulit kaum petani.
• Merasakan kesukaran atau kelainan antara melakukan aktiviti dalam studio berbanding aktiviti kembara di luar studio.
 Menggunakan angota yang tidak lazim digunakan untuk menghasilkan karya.
 Latihan-latihan sumpama itu dapat menimbulkan kesan kesedaran, keinsafan, dan pengalaman yang sangat bermakna kepada seseorang, dan dapat meningkatkat penghayatan.
 Sediakan senarai semak yang dapat menyatakan dan mengesan pengalaman pelajar ketika melakukan aktiviti tersebut.


PENDIDIKAN ASAS SENIREKA
 Unsur Seni
 Prinsip Rekaan
 Struktur Rekaan 
     Pendidikan Asas Senireka melalui persepsi dan pertinbangan estetik, boleh membantu pelajar ke arah kesedaran terhadap fenomena alam dan karya, menjurus kearah tujuan berikut perlu dilakukan :
o Menganalisa wujudnya asas senireka seperti unsur seni, prinsip seni, dan struktur rekaan dalam hasil karya seni dan di alam.
o Mengenal pasti kegunaan asas seni reka
o Mengenal pasti media dan proses seni
o Mengenal pasti artistik mood
o Mengambarkan ragam-ragam estetik
o Menganalisa persamaan dan kelainan estetik
o Membezakan gayaan artistik
o Mengenal pasti ragam artistik
PROSES KREATIVITI ATAU ARTISTIK
       Menggunakan kemahiran proses kreativiti
 Mengaplikasikan unsur dan struktur rekaan.
 Membuat penyataan dalam pelbagai aktiviti seni,
Seperti :
   o Karya 2D dan karya 3D
   o Karya Kraf
   o Karya Komunikasi
 Mempelbagaikan dan menggunakan karya dalam persekitaran.
 Mengenal pasti bidang kerjaya.
Kesimpulan
    Kesimpulannya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni dan warisannya. Menanamkan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan penjagaannya terletak pada semua pihak. Harus juga disedari bahawa, usaha ini tidak akan berjaya sekiranya masaih ada pihak yang meletakkan kepentingan seni ini pada tempat yang sewajarnya. Semoga apa yang dibincangkan tadi dapat memberikan kesedaran bahawa seni dan pendidikan seni merupakan dua bidang yang berbeza. Seni begitu memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak boleh lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kepentingannya dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memainkan peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Kita mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selain perkembangan teknologinya. Oleh itu, seni pastinya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.


Sumber: 
http://chikya87.blogspot.com/2010/04/1.html


Monday, January 24, 2011 | By: nursha

Discovery Learning

Discovery Learning is a method of inquiry-based instruction and is considered a constructivist based approach to education. It is supported by the work of learning theorists and psychologists Jean Piaget, Jerome Bruner, and Seymour Papert. Although this form of instruction has great popularity, there is some debate in the literature concerning its efficacy (Mayer, 2004).
Jerome Bruner is often credited with originating discovery learning in the 1960s, but his ideas are very similar those of earlier writers (e.g. John Dewey). Bruner argues that “Practice in discovering for oneself teaches one to acquire information in a way that makes that information more readily viable in problem solving" (Bruner, 1961, p. 26). This philosophy later became the discovery learning movement of the 1960s. The mantra of this philosophical movement suggests that we should 'learn by doing'. In 1991, The Grauer School, a private secondary school in Encinitas, California, was founded with the motto, "Learn by Discovery ," and integrated a series of world-wide expeditions into their program for high school graduation. (See Expeditionary Learning.)
Discovery learning takes place in problem solving situations where the learner draws on his own experience and prior knowledge and is a method of instruction through which students interact with their environment by exploring and manipulating objects, wrestling with questions and controversies, or performing experiments.

Discovery learning in special needs education

With the push for special needs students to take part in the general education curriculum, prominent researchers in the field doubt if general education classes rooted in discovery based learning can provide an adequate learning environment for special needs students. Kauffman has related his concerns over the use of discovery based learning as opposed to direct instruction. Kauffman comments,to be highly successful in learning the facts and skills they need, these facts and skills are taught directly rather than indirectly. That is the teacher is in control of instruction, not the student, and information is given to students (2002).
This view is exceptionally strong when focusing on students with math disabilities and math instruction. Fuchs et al. (2008) comment,
Typically developing students profit from the general education mathematics program, which relies, at least in part, on a constructivist, inductive instructional style. Students who accrue serious mathematics deficits, however, fail to profit from those programs in a way that produces understanding of the structure, meaning, and operational requirements of mathematics… Effective intervention for students with a math disability requires an explicit, didactic form of instruction…
Fuchs et al. go on to note that explicit or direct instruction should be followed up with instruction that anticipates misunderstanding and counters it with precise explanations. It must be noted, however, that few studies focus on the long-term results for direct instruction. Long-term studies may find that direct instruction is not superior to other instructional methods. For instance, a study found that in a group of fourth graders that were instructed for 10 weeks and measured for 17 weeks direct instruction did not lead to any stronger results in the long term than did practice alone (Dean & Kuhn, 2006). Other researchers note that there is promising work being done in the field to incorporate constructivism and cooperative grouping so that curriculum and pedagogy can meet the needs of diverse learners in an inclusion setting (Brantlinger, 1997). However, it is questionable how successful these developed strategies are for student outcomes both initially and in the long term.

Criticism of pure discovery learning

A debate in the instructional community now questions the effectiveness of this model of instruction (Kirschner, Sweller, & Clark, 2006). Bruner (1961) suggested that students are more likely to remember concepts if they discover them on their own. This is as opposed to those they are taught directly. However, Kirschner, Sweller, and Clark (2006) report there is little empirical evidence to support discovery learning. Kirschner et al. suggest that fifty years of empirical data does not support those using these unguided methods of instruction. Several groups of educators have found evidence that pure discovery learning is a less effective as an instructional strategy for novices, than more direct forms of instruction (e.g. Tuovinen & Sweller, 1999).
Mayer (2004) points out that interest in discovery learning has waxed and waned since the 1960s. He argues that in each case the empirical literature has shown that the use of pure discovery methods is not suggested, yet time and time again researchers have renamed their instructional methods only to be discredited again, to rename their movement again. Mayer asked the question "Should There Be a Three-Strikes Rule Against Pure Discovery Learning?" While discovery for oneself may be an engaging form of learning, it may also be frustrating. The main idea behind these critiques is that learners need guidance (Kirschner et al., 2006), but later as they gain confidence and become competent then they may learn through discovery.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Discovery_learning

 

Saturday, January 22, 2011 | By: nursha

Konstruktivisme


Pengenalan 

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.


Pengertian Konstruktivisme 

  • Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
  • Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
  • Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
  • Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
  • Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
  • John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Perbandingan Objektivisme dengan Konstruktivisme
  • Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
  • Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.
  • Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi.
  • Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
  • Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
  • Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
  • Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
  • Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
  • Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
  • Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.


Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan


ObjektivismeKonstruktivisme
Tanggapan UtamaPengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajarPengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
KesanGuru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu muridGuru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"
"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"