- Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
- Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
- Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbangsaran, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Sokratik.
Teknik
- Kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.
- Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
- Kaedah bercerita: Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
- Kaedah soalan: Teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Pendekatan
- Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
- Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
- Cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
- Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.
- Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Strategi
- Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
- Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Contoh:
- Dalam bilik darjah yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan sederhana serta kumpulang cergas, guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.
Integrasi
1. Berbagai Pengertian Integrasi
Psikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling
bergantung antara satu sama lain.
Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personaliti
seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan
antara pelajar dengan guru.
Pedagogi - kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi
pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang
pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.
a) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh.
Jenis-jenis Penggabungjalinan
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke
dalam sesuatu mata pelajaran
iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar.
Ciri-ciri Penyerapan:
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada
berbagai-bagai pelajaran
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara
bersepadu dalamsatu mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses
penyerapan adalah fleksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada
unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur
utama tetap diberi penekanan yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan
ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran
seperti membaca, menulis dan mengira.
(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
bersepadu dalamsatu mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses
penyerapan adalah fleksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada
unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur
utama tetap diberi penekanan yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan
ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran
seperti membaca, menulis dan mengira.
(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai
yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan,
nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya
(i) Pendekatan implisit – penerapan secara x langsung eg.
Guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dll
(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan ,
arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu
perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran
asas 3M.
(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya
melebihi sederhana atau pintar cerdas.
i) Berbentuk Pengukuhan
ii) Berbentuk Perkembangan – lebih kompleks
iii) Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum
yang ada (sains + PJK ) dan Membina kurikulum baru
kesihatan + PJ = PJK
Kelebihan Integrasi
a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti
dalam bentuk unit-unit kerja.
b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian
akitiviti seni dalam pendidikan
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan
yang luas.
Intergrasi dalam Pengajian Am
(a) Aspek Psikologi - akan memberi kesan
yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.
(b) Aspek Sosiologi
i. Integrasi antara personaliti
ii. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
iii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
(c) Aspek Pedagogi
i Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep
dan pemahaman terhadap unit-unit.
ii Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang
pelajaran:
Integrasi dalam Pengajian Am
Aspek seni boleh dimasukkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran agar nampak lebih menarik dalam subjek Pengajian Am beberapa. Contohnya:
Seni dan Pengajian Am
-semasa set induksi guru menyuruh murid menyanyi mengikut tayangan video yang dipaparkan.
-semasa guru menyuruh pelajar berlakon seperti main peranan untuk melaksanakan aktiviti.
Sumber:
- http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
- http://atelynn-simplebutsmart.blogspot.com/2009/05/seni-dalam-pendidikan-integrasi.html
0 comments:
Post a Comment